Rabu, 18 Ogos 2010

Kisah Berpukul di Kapar

emmmm terasa pulak ingin nak berkongsi pengalaman masuk gelanggang buah pukul
tapi bagi kami di kapar agaknya COURT buah pukul.

rasa nya dah hampir dua tahun jugak join lian padukan
semuanya bermula dalam blog, masa tu dah pun belajar silat permainan kuncian dan sebagainya

nasrul aka bro ha

dalam blog tu lah berkenalan dengan cikgu nasrul masa tak tahu pun nama dia sebenarnya yang tahu cuma dia punya nickname atau nama samaran iaitu Ha Lurus den call him Bro Ha. selalulah borak tukar pendapat pasal silat tapi dalam forum macam2lah semua pun kaki sembang kita kata ni power depa kata tu power hehehehehehe

bro ha pun pun sembanglah pasal lian padukan pasal buah pukul, jangan kan nak jatuh hati bila tgk dalam internet terkejut ini ke lian padukan terasa macam nothing aja (ego orang silat kot). masa tu siap Private message dia lagi nak pasal silat.

By the way nasrul suka letak avatar awek cun2 and dikatakan menguris mata yang melihat selalu sakat dia pasal benda ni, nasrul and awek korea nya

tapi berbeza pulak dengan member den sorang tu AMIR nama dia, dia dok ajak gi cari gelanggang lian masa tu dikatakan ada kat S.A tapi tiap kali ke sana tutup
pelik benar.

dipendekan cerita satu hari tu amir ajak den gi jumpa sorang cikgu buah pukul ni, jadi bertemulah kami dengan cikgu yang dikatakan amir tu maka dia pun sembang lah ini itu dan ini pasal buah pukul tetang apa tu buah pukul bla...bla...bla

tapi ada masalah sikit aja masa tu iaitu masa dan tempat sebab masa tu den kerja dan belajar pada hari kerja jadi masa tu agak rumit. jadi kami pun mintak masa untuk fikir dulu
(padahal agak lega sebab tak minat sangat nama pun pelik buah pukul)

dan tu den cerita kat bro ha ni kata den akan join buah pukul dia pun tanya lah detail about apa yang den kata tu den pun mengadulah tentang masalah tempat dan masa tu.

(den sebetulnya lemah dalam nak mengarang ni)

kemunculan cikgu azhar

oklah dijadikan cerita agaknya selepas memikirkan masalah den ni cikgu nasrul pun bagi 10 nombor keramat untuk den gunakan, no telephone cikgu azhar katanya ada gelanggang di kapar klang. jadi den pun ceritakan pada si amir jadi diserahan kerja contact mengontact ni pada den dia busy agaknya enthlah den jadi mangsa

kebetulan kami pun dari klang. den pun berhubung lah dengan cikgu azhar dah tu kebetulan pulak kelasnya pun jadi pada hari sabtu ah memang cantik sangat lah memang kenelah lah tempat dan waktu (tapi masa tu hati ni berat sangat nak pergi cuma melayan si amir tadi aja nak sangat main buah pukul. tak ikut kang merajuk pulak....gurau)

kali pertama den dan amir datang berjumpalah kami dengan cikgu azhar masa tu den dapat tgk senior2 den sekarang tengah sibuk berlatih di dalam gelanggang.
maka kami pun diberi penerangan tentang permainan buah pukul ni termasuk sedikit demo dari cikgu azhar dan senior kami usop aka abang long kapar.

agaknya lebih kurang sejam lebih cikgu azhar menerangkan tentang lian padukan dan permainan buah pukul ni pada kami kami pun meminta diri untuk pulang. dalam perjalanan pulang tu amir bukan main gembira lagi tapi den belum ada sebab untuk gembira.

lepas pertemuan dengan cikgu azhar den pun cerita lah perkara akan join lian padukan ni pada sahabat den lagi sorang si Ahmad dan oleh kerana mamat ni pun tak ada belajar apa2 masa tu den pun ajak teman dan join sekali, dia pun kebetulan free malam yang dicadangkan bermulanya untuk latihan tu sebab ahmad ni kerja shift jadi memang rezzeki dia kot. masa tu dia cadang nak tgk2 dulu.

hari pertama berlatih

mula2 datang tu si ahmad aka samo hung aka ah hung cakap dia nak tgk2 aja kalau ok dia akan join lah
bila sampai gelanggang lepas bersalam ahmad pun entah dari mana datang mood kata pada den nak join latihan terus maka inilah kisah ahmad mula belajar buah pukul bermula dari datang nak tgk2 aja

kami kami diajar melakukan senaman ringan masa tu masa tu bersama senior yang lain. wah penat betul belatih masa tu
dah tu kami dikejutkan dengan pemintaan cikgu azhar untuk laga keting
oh info ni penting......masa hari pertama tu den dan amir jadi partner dan ahmad takde partner jadi dia pun dapat lah peluang berpasangan dengan cikgu azhar hehehehehehe

maka latihan kami tadi bermula dengan senaman dan latihan jurus satu dan penggunaan nya
wah terkejut pulak kami hari tu belum apa2 dan diajar cara bergaduh diajar cara bertumbuk.
masa den belajar silat lain dulu hari pertama ni belajar tepisan aja.

agak gila juga lian padukan memang terhakis semua pendapat den yang dulu2 konon biasalah konon nothing lah konon kononlah.
latihan kami diselangi dengan rehat...biasalah dikawasan open rehatnya syok dan lama dengan hembusan rokok menambahkan nikmat rehat tu.
tapi rehat kami bukanlah semata rehat ilmu masih diteruskan dengan penerangan dari cikgu azhar.

akhirnya lepas selesai latihan kami pun pulang rasanya hari pertama tu dari selesai solat isyak sampai dekat pukul 330 pagi jugak baru habis kot, dalam perjalanan pulang tulah masing2 menceritakan tentang kesakitan yang dialami dan menunjukkan bengkak terutama ahmad yang sampai terkeluar air mata laga keting dengan cikgu azhar.

perasaan

inilah pengalaman yang tak akan kami lupa, dan kerana latihan hari pertamalah kami masih di sini. hari pertama tulah yang membuatkan kami ingin tahu akan permainan buah pukul ini dengan lebih mendalam

hari pertama tulah kami betul merasakan apa itu ilmu tempur dan lebih yakin lagi dengan diri. apa pun buah pukul memang seronok jauh berbeza dari apa yang den anggap selama ni

masih teringat kata cikgu azhar pada kami masa awal2 masuk dulu
"bila ada murid datang menuntut, cikgu wajib bagi apa yang dituntut"
kerana ilmu tu adalah hak murid yang datang untuk MENUNTUT ilmu dari guru tu

mungkin pemahaman masing2 berbeza tapi kata2 nilah yang buat den tergoda untuk menuntut ilmu sebenarnya.

Mior Al Padukani

Khamis, 12 Ogos 2010


Bismillahirahmanirahim..

Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua ahli-ahli Lian Padukan khususnya di Gelanggang Kapar.Di bulan yang mulia dan penuh keberkatan marilah kita semua berlumba-lumba amal makruf nahi mungkar agar menjadi contoh serta tauladan kepada umat manusia yang lain.Dikesempatan ini saya juga ingin memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa..terumpat dibelakang sesiapa..harap dimaafkan.Saya juga menyeru kepada diri saya sendiri serta kekanda dan adinda seguru agar teruskan latihan walaupun dibulan Ramadhan cuma kita kena make appointment dengan Cikgu Azhar.

Salam Ramadhan ikhlas dari saya dan keluarga.

Juhann Laksamana Al-Padukan