Ahad, 25 Julai 2010

IKHLASKAH DIRI INI?


Kita semua maklum bahawa keikhlasan itu menjadi elemen penting untuk apa-apa amalan kita diterima oleh Allah subhanahu wa ta’ala & kita berharap agar amalan kita dapat membela kita pada hari pembalasan kelak.


Niat pada permulaan kita membuat sesuatu perkara hinggalah ke akhir ,perlulah hanya kerana Allah subhanahu wa ta’ala semata-mata. Tidak kira amalan itu menyentuh perkara ibadat mahupun dalam kehidupan harian. Ibarat kita hendak mengenal samada kita sudah dilamun cinta pasti ada tanda-tandanya, begitu juga dengan tanda-tanda yang dapat menolong kita memastikan adakah benar-benar kita ini ikhlas?



Antaranya :-

  • Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia.
  • Kita tidak berasa hati apabila usaha dikritik oleh manusia.
  • Kita tidak berasa bangga bila dipuji.
  • Kita sentiasa merendah diri.
  • Tidak jemu dalam berusaha mengajak orang kepada Islam.
  • Tidak menjauhkan diri dari jemaah walau dicaci manusia.
  • Di dalam organisasi/jemaah, tidak teringin menjadi ketua tetapi tetap bekerja dan menyumbang.
  • Menjadi pemimpin atau pengikut, mana satu tidak menjadi hal.
  • Tidak marah malah gembira, bila muncul seorang yang baru menjadi ketua.

(namun bukan bermaksud tanggungjawabnya sendiri berkurang, kerana amanah bukan dari manusia tetapi dari Allah subhanahu wa ta’ala)

(sumber internet)



Begitulah antara perkara-perkara yang perlu kita perhatikan. Ini hanyalah panduan sahaja sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan amalan diri kita sendiri bersih dari sifat riak, takabbur dan seumpamanya.


Pekerjaan yang zahirnya baik, tetapi jika diselimuti oleh segala sifat yang batil tersebut, maka sia-sialah di sisi Allah subhanahu wa ta’ala.


Walau bagaimanapun, atas kelemahan manusia, tidak layak sebenarnya kita untuk menilai atau menghukum orang lain ikhlas ataupun tidak.


Cuba kita renungkan betapa besar ikhlas tu perlu wujud pada hati masing-masing . Syaitan sentiasa mengajak diri kita supaya mengkianati Allah subhanahu wa ta’ala.


Oleh itu sentiasalah menyucikan jiwa ini dari perasaan hasad dengki serta riak yang membinasakan diri kita di akhirat kelak.


Hanya Allah subhanahu wa ta’ala sahajalah yang berhak membalas segala amalan. Samada amalan yang baik atau sebaliknya.


Sama-samalah kita berdoa memperbaiki kelemahan diri ini :


Ya Allah,

Perbaikilah hati kami,

hapuskanlah cacat cela kami,

pimpinlah kami ke arah kebaikan,

hiasilah kami dengan taqwa,

kurniakanlah kepada kami ,

taat setia kepadaMu,

sepanjang hidup kami.

Ya Allah,

Jadilah kami ikhlas kepadaMu,

syukur kepadaMu,

bertawakkal kepadaMu,

taubat kepadaMu,

khusyuk kepadaMu.

Ya Allah,

Sesungguhnya kami mohon kepadaMu,

ketetapan di dalam urusan ini,

keazaman di dalam hidayah ini,

tolonglah kami mengingati Mu,

menyebut namaMu,

mensyukuriMu,

baik ibadat kepadaMu.

Amin...



Akhir kata,

Andai terkasar bahasa maaf dipinta,

Bukan niat untuk melukakan sesiapa.




AHMAD PADUKANI


Selasa, 20 Julai 2010

LENGKAPKAN LAH DIRI

sering kali kita tentanya2 atau teruja dengan kehebatan nenek moyang kita kehebatan bangsa melayu satu ketika dulu.

tapi apakah yang diamalkan mereka, apakah rahsia kependerkaan mereka

mereka dahulunya bukan sahaja hebat mengamalkan amalan kependekaan melalui latihan latihan dan latihan ditambah pula dengan amalan kebatinan yg jitu yg meliputi aspek kependekaan dan juga perubatan tradisional.

tetapi bukan itu rahsia mereka, keyakinan lah rahsia mereka
yakin dan pasti akan asal usul kehebatan itu lah yang mejadikan mereka pendekar

apakah ilmu tanpa pengetahuan tanpa isian ilmu ketuhanan??
apakah hidup tanpa sebarang pengertian kehidupan??
apakah erti hidup yang dicipta tanpa pencipta???

sudah pastinya kosong
sudah pastinya tak berisi
sudah pastinya tidak berseri

maka kenapa kita sibuk mencari ilmu tanpa pengertian ilmu itu sendiri, tanpa kefahaman mengenai ilmu itu itu sendiri???

dengan keyakinan ilmu tanpa isian pun sudah berbisa inikan pula bila diisi

sekadar pendapat

mior padukani

Isnin, 19 Julai 2010

Bangsa Buah Pukul

agak2 nya jika wujud bangsa ini bagaimana keadaan nya???

saya baru saja pulang dari melawat Ayahanda di johor mungkin kira2 ini kali ketiga saya datang ke sana.
agak tertarik bila ayahanda mengatakan tentang bangsa buah pukul

maka lahirlah keturunan baru agaknya
seperti JOHAN PADUKANI, AZHAR PADUKANI, AHMAD PADUKANI.

Maka keturunan baru ini aja yg agaknya nya menghargai nilai kekeluargaan dan terus taat setia pada keturunan buah pukul. Yang mana keturunan kami ini bangkit dari ujian bangkit dari penghinaan bangkit dari kejatuhan.

bangsa ini dah berkembang lama tapi, biasalah sebelum tercapai nya kesempurnaan dan bahagia
banyak yang perlu dilalui dihadapi dirempuhi

rasa nya bangsa yang tinggal sekarang tak bisa rebah lagi
tak bisa berundur lagi
tapi kami adalah bangsa yang mampu dan berani BERDIRI


Mior Padukani

Jumaat, 16 Julai 2010

Inilah Didikan Ayahanda Haji Hasyim


Gambar ini menggambarkan 1001 cerita yang boleh diulas.Begitulah selayaknya seorang guru dihormati & dikasihi.Inilah apa yang diterapkan oleh Ayahanda Haji Haji Hasyim kepada setiap Cikgu-Cikgu Khatam & para pelatih Lian Padukan.Dengan perasaan hormat & kasih maka dapatlah keberkatan ilmu yang diberi.Guru sentiasa akan merestui dan mendoakan setiap anak muridnya yang taat.Begitulah juga apa yang kami rasa di Gelanggang Kapar yang dipimpin oleh Cikgu Azhar.Beliau yang tidak kedekut ilmu & pengalaman sentiasa menitik beratkan menghormati & mengasihi guru.

Kenangan Grading

Gambar ini diambil ketika 4 orang pelatih dari Gelanggang Kapar mengambil bahagian dalam ujian kenaikan peringkat pada pertengahan tahun 2009 di Dewan Serbaguna Gombak.Gelanggang Kapar dipimpin oleh Cikgu Nur Azhar a.k.a Cikgu Azhar.Latihan diadakan pada setiap hari Sabtu bermula jam 8.30 malam - 11.30 malam.

Selasa, 6 Julai 2010

Kunjungan Hormat Ayahanda Haji Hasyim

Baru-baru ini beberapa pelatih senior Gelanggang Kapar berpeluang melakukan kunjungan ziarah hormat keatas YM Guru Utama Lian Padukan , Ayahanda Haji Hasyim di rumah Cikgu Hisham Giant.Antara yang hadir adalah saya,saudara Meor Faizal & saudara Ahmad Johannes a.k.a Sammo Hung (Gelaran yang diberi Ayahanda).

Banyak isu & topik yang diperbualkan antaranya isu-isu semasa dalam Lian Padukan,harapan & Misi Guru Utama dan lain-lain.Turut diceritakan juga sejarah perjalanan Ayahanda Haji Hasyim dalam menimba ilmu Buah Pukul dengan guru-guru beliau antaranya Pak Mat Kedidi,Razak Sharif,Pak Talib Nik,Pak Majid Klinik,Pak Atan Air Batu ,Pak Raja Ali G5 dan lain-lain yang panjang untuk disenaraikan disini.

Akhir kata Ayahanda berpesan agar pelatih-pelatih yang dijadualkan bakal khatam tahun hadapan agar berlatih bersungguh-sungguh, memahami ilmu yang diajar serta membantu guru-guru gelanggang semasa latihan.

Dato' Awang Bin Ali S.M.J a.k.a Awang Daik Al-Hakim



Inilah gambar kenangan yang saya dapati didalam blog Lian Padukan Terengganu dan whatthafudge ( Cicit Dato Awang Daik).Lihatlah betapa segaknya beliau.Berdiri sama tinggi dengan 'mat saleh'..Melalui gambar ini menceritakan 1001 cerita tentang dirinya.Inilah pewaris nukil Buah Pukul yang dibawa oleh Y.M Syed Abdul Rahman Al-Yunan.Dialah juga pendekar Silat Sunting yang tewas dengan Syed Abdul Rahman.Dialah juga guru Lian Paduka yang diajar kepada Almarhum Sultan Ibrahim Iskandar Ibni Sultan Abu Bakar (Sultan Ke-2 Johor Moden). Dikhabarkan Almarhum Tuanku merupakan Raja Terkaya zaman itu serta mempunyai ilmu kebatinan serta daulat sebagai Raja Melayu yang tinggi sehingga dikhabarkan berlatih buah pukul diatas meja.Dato' Awang Bin Ali yang sangat rapat kepada baginda diberi tanggungjawab sebagai hakim di Mersing.Sebab itulah Buah Pukul aktif diperluaskan gelanggangnya disekitar Mersing hingga ia sinonim dikenali sebagai Buah Pukul Mersing.