Rabu, 18 Januari 2012

Minyak oh minyak

Tadi den pergi jalan masjid india (lepas dapat pelepasan dari bos untuk keluar)

niat den nak mendapatkan minyak kasturi susu yang baunya harum macam bau badan den sekarang (akibat dicalit-calit kat kedai tadi)

sebenarnya dah beberapa kali dah den pergi sana nak cari minyak wangi aka attar ni em tadi baru lah entah dari mana datangnya kemudahan tu.

selama ni den cari minyak attar untuk ayah den sendiri tak pernah jumpa, tapi tadi den berjaya cari minyak kasturi tu dengan mudah tak sempat berpeluh pun dah jumpa siap jumpa minyak kegemaran ayah den lagi.

jadi diri sendiri syukur di permudahkan jalan
harapnya begitulah hendaknya dalam majlis akan datang
semuanya di permudahkan

teringat pulak lagu m.nasir mustika

Dulu lalu depan mata
Tapi ku tak hirau
Ku Tak peduli
Tapi setelah ku tahu
Hanya engkau teman
Kau tak ku lepaskan

bagi yang faham tu faham lah yang belum faham insyallah nanti faham

ni den siap masukkan kod gitar lagi kasi lagi feel
Em Am Em
Kau yang berselindung
Am Em
Di balik sutra warnamu pelangi
Em Am Em
Engkau mustika hati
Am B
Pesona cinta mahligai rindu
C D Am Em
Malam dingin yang kejam aku tiada gentar
C D Em
Kerna cintamu
C D Am Em
Misteri alam kian terbongkar lena jadi sedar
C D Em
Kerna kasihmu
Em Am Em
Yang dulu ku cari
Am Em
Rupa-rupanya ada di sini
Em Am Em
Dan yang bermain di mimpi
Am B
Menjelmalah engkau dalam realiti
C D Am Em
Dulu lalu depan mata tapi ku tak hirau
C D Em
Ku tak peduli
C D Am Em
Tapi setelah ku tahu hanya engkau teman
C D Em
Kau tak ku lepaskan
G Am C D Em
Mustika oh mustika
G Am C D Em
Mustika oh mustika

C D Em
Mestikah aku menjadi penanti
C D Em
Pelukan sakti cinta sucimu
C D Em
Aku tak sabar menantikan esok hari
C B
Bawalah daku bersamamu
Em Am
Oh mustika hatiku
D Em
Ohhhh Ohhhh
G Am C D Em
Mustika oh mustika

Isnin, 9 Januari 2012

Jom Gi Mandi

Salam semua yang mengikuti blog ini

satu pertandingan mandian akan dijalankan di johor hehehehehe
(gurau jangan marah)

satu majlis mandi manda air terjun akan dijalankan di Johor
actually majlis ni adalah untuk mereka yang bakal khatam
ini adalah majlis tertentu yang akan kita lakukan
bagi meraikan mereka yang bakal khatam ini (tahniah-tahniah)

acara ini telah pun dijalankan sebelum ini di mana batch cikgu-cikgu termasuk cikgu saya yang tercinta, cikgu Azhar telah pun melalui proses ini sebelum ini.

apakah tujuannya??
apakah motifnya???
apakah kebaikannya???


Terima ksih kepada Ayahanda Hj Hashim yang telah berbesar hati untuk menganjurkan majlis ini sekali lagi.

untuk makluman silalah berhubung dengan cikgu hisham untuk tarikh waktu dan tempat

P:S teringat cerita Air Terjun Pegantin huhuhu

Sabtu, 24 Disember 2011

Gejala Osteoporosis







Apa tu OSTEOPOROSIS ???
iaitu kerapuhan tulang dan peningkatan risiko patah tulang.

Osteoporosis dapat dielakkan iaitu dgn :
  1. Jumlah kalsium yg mencukupi .
  2. Bersenam.

Kalsium sangat penting untuk menjaga tulang yang kuat.
•Pengambilan harian kalsium adalah antara 1000mg ke 1300mg sehari tetapi jumlah tersebut tidak boleh diambil serentak.
•Jumlah maksimum pengambilan pada satu-satu masa adalah tidak melebihi 500mg.
•Oleh itu pengambilan jumlah kalsium tersebut hendaklah diambil secara berperingkat dalam sehari.
•Sumber-sumber utama kalsium adalah dari produk tenusu seperti susu dan keju.



Kenapa perlu bersenam?Dengan bersenam :
• Jantung bekerja lebih cekap ketika bersenam dan berehat.
• Meningkatkan kadar nadi dan mencegah pengerasan arteri, serta dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Arteri yang keras merupakan penyebab utama berlakunya tekanan darah tinggi yang boleh membawa penyakit jantung dan angin ahmar (strok).
• Meningkatkan keupayaan badan mengawal paras glukosa darah.
• Menguatkan tulang dan meningkatkan imbangan. Ini akan membantu mencegah atau memperlahankan proses osteoporosis (kerapuhan tulang) dan mengurangkan risiko daripada terjatuh yang boleh menyebabkan patah pinggang atau kecederaan yang lain.

p/s: Oleh itu kengkawan rajin2 le turun gelanggang dan minumlah susu selalu supaya menjadi sihat dan kuat...

Jumaat, 16 Disember 2011

Sudah Tiba Masa

Baru2 ni di kejutkan dengan panggilan dari kekanda johan
wah rupanya ada mail dari Cikgu Syam Giant

nampaknya bahang khatam dah hampir
terlalu hampir ura2 mengatakan bulan Mac
em jadi sehingga kata putus kita terima dari Ayahanda sendiri maka belum tahu lagi

so apa plan den
1. nak naikkan stamina (penat ooooo nanti)
2.Jogging untuk fit kan badan
3. bantu budak baru training ini akan meningkatkan pemahaman
4.main besi untuk otot sikit


apa pun ni plan aja ada 2 bulan lebih aja lagi baik start kumpul duit

Isnin, 12 Disember 2011

TAHNIAH BAGI YANG BERJAYA GRADING

Di sini hamba ingin mengucapkan tahniah bagi adik beradik lian padukan semua abang2 dan adik2 sekalin kerana berjaya dalam majlis grading

hari yang cukup meletihkan tapi amat bermakna bagi kita semua

terima kasih kepada semua kerana dapat memberikan kerja sama yang amat baik
yelah dalam keadaan keletihan masing2 beremosi dapat lah di lihat dalam aplikasi buah hehehehehe

terima kasih juga pada para tetamu yang sudi hadir memeriahkan majlis kami

dah terima kasih kepada kekanda Johan Laksamana a.k.a JOHN
kerana berpenat lelah bagi memastikan segalanya berjalan lancar
dapatkan rehat yang cukup

sehingga bertemu lagi insyallah

Jumaat, 9 Disember 2011

PESANAN UNTUK YANG BAKAL GRADING

1. PASTIKAN ANDA BERADA DI TEMPAT YANG BETUL IAITU DI SHAH ALAM (VANUE KITA SUDAH BERTUKAR YA..... YANG BELUM TAHU SILA HUBUNGI SAUDARA JOHAN)

2. BERHATI2 DALAM BERJALANAN NANTI (INI PESANAN DIRECT DARI AYAHANDA)

3. PASTIKAN YANG BAKAL GRADING PAKAI PAKAIAN BERWARNA HITAM TERMASUK KASUT JANGAN JADI MACAM ORANG TU DAH BERAPA KALI KENE MARAH

4. PASTIKAN PAKAIAN ADALAH LENGKAP TERMASUK TALI PINGGANG OK KALAU TAK JADI MACAM MAMAT TU KENE MARAH HEHEHEHEHEHE

5. PASTIKAN ANDA MEMAKAI LOGO BAGI MEREKA YANG BELUM ADA LOGO SILA BAWAK GAM KANJI ESOK KITA BOLEH BELI DISANA DARI CIKGU SYAM YE INSYALLAH

PESANAN INI ADALAH DARI YANG DIPERTUA LIAN PADUKAN SILA AMBIL PERHATIAN YE

YANG BENAR
BUDAK YANG KENE MARAH TU LAH

Jumaat, 25 November 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433




Salam Maal Hijrah 1433 pada muslimin dan muslimat. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar dari peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W sebagai panduan kehidupan kita bagi keperluan hari-hari yang mendatang.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri." (Ar- Ra’d: 11)

Kepada mereka yang ingin menyertai rombongan ke Gelanggang Induk Persatuan Lian Padukan Malaysia, boleh menghubungi Cikgu Azhar–012-6336648 .


Tarikh : 27 November 2011
Lokasi : No. 4, Jalan Ros Merah 4/3,Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim. .