Jumaat, 25 November 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433




Salam Maal Hijrah 1433 pada muslimin dan muslimat. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar dari peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W sebagai panduan kehidupan kita bagi keperluan hari-hari yang mendatang.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri." (Ar- Ra’d: 11)

Kepada mereka yang ingin menyertai rombongan ke Gelanggang Induk Persatuan Lian Padukan Malaysia, boleh menghubungi Cikgu Azhar–012-6336648 .


Tarikh : 27 November 2011
Lokasi : No. 4, Jalan Ros Merah 4/3,Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim. .

Sabtu, 19 November 2011

Apa ageda kita selepas ini

syukur kursus lian tasbih hari tu berjalan lancar walaupun sedikit lewat al maklumlah hujan rahmat turun pagi tu

apa pun kursus yang dijalankan memang best
dapat lah ilham sikit pasal senjata rahsia yang merbahaya

rata2 dari sudut pandangan hamba peserta agak gembira dengan apa yang diterima

tapi rupa nya ada muslihat
wah bonus yang diberikan ayahanda tak kurang menariknya
habis berbirat badan peserta petang tu kene tampar hehehehe
lagi pelik yang menampar tu BIDADARI pulak tu hehehehe

lian tasbih yang diajar ayahanda mampu menambah kayakinan dalam self defence bila lawan kita bersenjata kalau setakat tangan kosong tak sempat tasbih pun kita titik kita sisip kita siku terus aja masuk

dan tu lian shadow hand
wah menarik dah tu ditambah kehadiran guru2 dari johor dan pahang tak lupa pengerusi selangor kita. syukur hamba dapat merasa hampir semua tangan semua guru2 lama ni.
sakit memang sakit tapi berkat tangan guru tu ada insyallah.


so apa pulak lepas ni????


1. jawapan nya grading
so semua bersedialah
kita ada majlis grading
sedikit info lencana persatuan sudah ada jadi boleh lah dibeli dari cikgu syam melalui guru masing2.
dah tu pesan ayahanda harap semua budak2 lian bersedialah untuk menghadapi grading nanti
mantapkan buah masing2 walaupun time grading tu macam2 yang keluar
(teringat cikgu din misai sound kaki naik masa buat lian satu.... well dia nak keluar kaki, nak buat macam mana) tapi sebagai orang lama cikgu din faham benda2 macam tu memang berlaku bila kita berkehendak dan dalam keadaan terdesak tanpa rancang.

2. oh ni memang best majlis langir pedang
boleh lah bawak senjata masing2 kalau nak
ini adalah boleh dikatakan acara tahunan
yang kalau tak silap bakal diadakan pada 10 disember

jadi bagi ahli lian padukan diharap dapat lah hadir pada majlis tersebut
dan bagi mereka yang diluar lian
dijemput lah hadir bolehlah ambil kesempatan ini untuk kenal lian padukan dengan lebih dekat
dan bermesra bersama ahli2 lian padukan
insyallah

sekian


Rabu, 9 November 2011

Sedikit maklumat tentang tasbih

Tasbih yang seelok nya hendak lah di buat sediri.
perkara ni sebenarnya kita pun tahu yang setiap senjata lebih elok kita tempah berbanding yang jual bundle ni.

bagi yang takde time untuk buat tasbih sebab lebih elok kalau digunkan tali cable ianya lebih kuat.

tapi ada berita baik ianya boleh di beli terus dari pakar tasbih.

bagi yang berminat boleh lah ditempah melalui cikgu avtar dan kamal dari johor bharu

jadi bolehlah hubungi cikgu avtar dan cikgu kamal untuk maklumat lebih lanjut mengenai harga atau jenis ye

BERTASBIH DAN BERJIMAK

hahahaha

ye betul kali ni hamba nak cerita pasal menuntut ilmu dan berjimak sekali.
yang kaki jimak ni mesti suka punya.

sedikit hadith
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan Malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi - sehinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut - sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara-perkara yang baik kepada orang ramai."

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu.”

Dari Abi Barzah al-Aslami, r.a, dari Nabi s.a.w, sabdanya : “Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari kiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia dihabiskan dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan dan tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya?’’

ok kita mulakan

sebenarnya terlalu banyak lah hadith dan juga ayat Quran yang menceritakan tentang kebaikan menuntut ilmu ni

jadi di kesempatan ini ingin hamba sekali lagi memperomosikan lian tasbih kita
bersedekah dan di maklum kan pada hamba bagi yang memasukkan duit secara bank terus kepada cikgu sam maka anda layak mendapat sedikit DISKAUN iaitu 10%.

bayangkan lah manfaat yang kita dapat
1. ilmu
2. pahala
3 kat dunia pun di balas dapat DISKAUN lagi tu

wah orang belah pantai timur akan kata JIMAK sungguh,
hehehehehe jangan risau diskaun ini takkan mengurangkan pahala mahupun ilmu yang di berikan

ps: maaflah melawak sikit2 aja :)
jom berjimak cermak