Ahad, 23 Mei 2010

(DERMA KILAT) KEPADA SEMUA WARGA LIAN PADUKAN DAN INSAN MULIA

(BACK TO MY JOB)SALAM UNTUK SEMUA..TABUNG TELAH DI ADAKAN UNTUK MEMBANTU SALAH SEORANG AHLI LIANPADUKAN YAITU'ZAINI' TELAH KEMATIAN AYAH TERCINTA PADA SABTU MINGGU LEPAS BELIAU MERUPAKAN ANAK SULUNG DARIPADA 7 BERADIK,BAGI PIHAK SRIKANDI DAN SELURUH WARGA LIAN PADUKAN MENGALU-ALUKAN SUMBANGAN IKHLAS DARI TUAN/PUAN/SDRA/SDRI AGAR DAPAT MERINGANKAN BEBANAN SAUDARA ISLAM KITA..SEKURANG2 NYA LEWAT MINGGU DEPAN..BAGI AHLI ATAU BUKAN AHLI SILA HUBUNGI SAYA DI NO 0127535142 ATAU TERUS MENYALURKAN SUMBANGAN ANDA AKAUN YANG TERTERA' MOHD.HISHAMUDIN-MAYBANK-(112156371507)..IHSAN ANDA ATAS KEIKHLASAN ANDA TERIMA KASIH DARI SRIKANDI DAN SELURUH WARGA LIANPADUKAN..SEMOGA KEIKHLASAN ANDA SEMUA DAPAT MEMBANTU INSAN INI SALAM TERIMA KASIH..BAGI YANG TELAH MENGHULURKAN BANTUAN SILA SMS KAN NAMA ANDA KEPADA SAYA

(Dipetik daripada blog Lian Padukan Srikandi)

Jumaat, 21 Mei 2010

Corak Latihan Abdul Razak Shariff a.k.a Abang Yak

Pasti anda pembaca kenal akan nama ini...tidak keterlaluan dia boleh diklasifikasikan sebagai salah seorang lagenda didalam Lian Padukan.Penerbitan artikel ini bukanlah bertujuan untuk mengagungkan tokoh ini tetapi agar apa yang dipaparkan menjadi kayu pengukur kepada latihan yang kita jalankan.Beliau dikatakan tokoh yang bertanggungjawab menyusun secara sistematik permainan Lian Padukan bersama seorang lagi tokoh yang tidak asing iaitu Guru Utama Ayahanda Haji Hasyim yang merupakan anak murid didikannya.Apa pun marilah kita sama-sama menyedekahkan surah Al-Fatihah kepada Arwah Abang Yak.Semoga beliau ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..Amin.

Abang Yak atau nama sebenarnya Abdul Razak Bin Shariff semasa hayatnya merupakan ahli perniagaan yang berjaya.Permainan Lian Padukan diperkenalkan kepada Ayahanda oleh Syed Ahmad Syed Idrus (Pak Mat Singa).Oleh kerana Pak Mat Singa ketika itu masih menuntut maka Ayahanda dibawa bertemu dengan Arwah Pak Mat Kedidi.Oleh kerana ketika itu ayahanda masih baru maka beliau disuruh oleh Arwah Pak Mat Kedidi untuk menuntut dengan menantunya yang tinggal di No.47 ,Jalan Serampang,Taman Seri Tebrau, Johor Bahru.Menantu Pak Mat Kedidi yang dimaksudkan ialah Abang Yak.Maka disitulah bermula hubungan murni mereka berdua.


Mengikut Ayahanda,Abang Yak amat mementingkan ketahanan dan kekuatan fizikal (Physical fitness).Setiap petang Abang Yak dan Ayahanda akan berjogging untuk memantapkan stamina.Setelah itu dilanjutkan latihan dirumah beliau.Ayahanda akan diberi minum susu.Latihan Angkat Berat turut ditekankan agar berfizikal mantap dan sasa.

Latihan diteruskan dengan diajar jurus wajib sehingga mantap perbuatan dan kefahaman.Mengikut Ayahanda lagi,semasa sesi latihan buah pukul Abang Yak tidak memberi sebarang ruang untuk dirinya di'sentuh' oleh muridnya.Latihan yang ganas dan zalim diterapkan agar anak muridnya terbiasa dengan suasana pergaduhan diluar.Dengan corak latihan ini beliau berharap agar anak muridnya tidak takut dan berani "BERDIRI"
Prinsip latihannya GANAS,KERAS DAN PANTAS.Cogankatanya BERDIRI MUSUH MASUK UKUR TUMBUK.Mengikut Abang Yak lagi penerapan corak latihan seperti ini wajib untuk pelatih Lian Padukan agar SASA & BISA serta BISA & SASA.Mengikut Ayahanda, Abang Yak sebagai seorang guru buah pukul mesti Ganas dihadapan anak muridnya barulah segala ilmu yang diberikan ikhlas.Hasil latihan bersama Abang Yak inilah yang mempengaruhi Ayahanda didalam perjuangannya bersama Lian Padukan.

Dalam pada itu mengikut Ayahanda pelajaran yang pertama diajar oleh Abang Yak ialah merafak sembah..dalam pelajaran ini ayahanda diajar cara sebenar dalam menghormati seorang guru.

Semoga apa yang dipaparkan mendapat manfaat untuk kita semua dalam memajukan diri didalam permainan Lian Padukan. GANAS..KERAS..PANTAS!!

(Dipetik dari blog Lian Padukan Laksamana)

Selasa, 18 Mei 2010

Bersatu Teguh



Hasil keteguhan Bai'ah maka lahirlah kesetiaan yang meneguhkan kesatuan dan penyatuan dipimpin Amirul Mukminin.

Isnin, 17 Mei 2010

TAKZIAH KEPADA ZANI SEKELUARGA

Kami dari gelanggang Lian Padukan Kapar ingin mengucapkan Takziah kepada Zani Sekeluarga ( Zani pelatih Lian Padukan Gelanggang Selayang) diatas kepulangan ayahanda tercinta ke Rahmatullah akibat kemalangan di Cheras pada Sabtu malam minggu.

Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmatNya dan roh ditempatkan didalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.Kepada Zani sekeluarga semoga tabah menghadapi kenyataan dan ketentuan Illahi.

Al-Fatihah.

Jumaat, 14 Mei 2010

NAGA TIDUR USAH KEJUT,SPONGEMOK !!

Pelik Bin Ajaib..manusia kerana tamak sanggup mengadu dombakan orang lain kerana dia sebenarnya sedar bahawa dia tidak mampu BERDIRI dihadapan orang yang difitnah maka diajaknya orang-orang dungu bersama-sama dia.Kenapa mesti dia lakukan?? hanya diri sahaja yang tahu.. (mungkin cemburu..mungkin dengki..tamak..tak sedar diri..)Namun pesanan ikhlas saya kepada dia..Usahlah dikejutkan Naga yang sedang tidur! Kalau kail panjang sejengkal usahlah diduga lautan dalam ( pergi je pancing kat kolam..sebab di tepi laut pun tak layak)

Tidakkah dia sendiri sedar apa yang berlaku pada dirinya sendiri? Muhasabahlah diri anda..Tengok kembali apa yang pernah berlaku.Orang lain berniaga dia nak berniaga..
tapi tipu duit orang sana sini..dah la pula tak menjadi pula apa jua yang diusahakan..Ada rakan kongsi yang setia ditikamnya dari belakang..dihumbannya kawan didalam tirai besi.Diporak perandakan masjid kawan tu (dahsyat sungguh akhlak dia ni.Secara kasarnya inikah didikan dan asuhan yang yang dia terima sejak masih kecil hingga berfizikal besar)..dari mana hasil pendapatan diri sebagai ketua keluarga?? Takkan mengharap belas ihsan isteri kot....(tak gentleman langsung..)

Terbaru pula nak start perniagaan lagi berhampiran tempat yang diludah..kenapa dengan tempat sekarang?? Takut Ah Long ke? Lari dari hutang ke?? Takut dicari orang yang ditipu?? Tempat sedia ada pun tak menjadi nak start tempat baru(apa punya strategi perniagaan yang dipakai pun tak tau lah...)Mana nak menjadi perniagaan jika sendiri tidak menguruskan perniagaan secara day to day( Orang jadi MD dia pun nak juga)Asyik 'seberang air' memanjang(Huh..mungkin inilah model Mat Jenin alaf baru)

Dia ni agaknya berangan nak jadi superman(semua nak jadi..)dengarnya di perantauan dikhabarkan kepada semua orang dialah Ultraman dapat pukul raksasa putih(betul ke cerita tu?? kat sini menikus bagai nak rak..)Setiap cerita yang dikhabarkan semuanya dialah PM..dialah Superman..dialah Ultraman (baik jadi spongebob jelah tak kacau orang malah disayangi kanak-kanak)

Hentikanlah kerja yang sia-sia tu 'spongemok'.Tak payahlah berlagak Kucing kalau diri tu tikus..Tak payahlah junjung Firman Allah s.w.t minta belas konon dikhianati..
Baik junjung FirmanNya memohon maaf kepada rakan taulan samada yang masih bersama atau yang pernah dikhianati..kerana esok lusa entah-entah dengan diri tergadai maruah akibat perbuatan tangan sendiri.Usahlah cemburu kejayaan orang lain malah ambillah contoh untuk berjaya.Sentiasa audit diri(tau tak maksud audit,spongemok?? kalu tak tahu tak payah susah jadi businessman).

(Artikel ini diambil dari LP Laksamana )

BENARKAH GERAN TANAH DICURI DARI ATOK??

Agak kasar tajuk kali ini..maaf jika ada yang terasa atau tersinggung hati tapi biarlah mereka nak terasa sebab menyinggung keluargaku..

Benarkah apa yang diperkatakan oleh saudara sepupu sepapatku? Benarkah Geran Tanah dicuri dari arwah atok?? soalan ini menghantui keluargaku sejak sekian lama.Namun semasa hayat Atok tiada pula dituntut olehnya sendiri atau disuruh orang untuk mengambil geran tanah yang dikatakan dicuri...mengapa terjadi begitu??? Mengapa bila atok sudah tiada baru buat-buat rasa bertanggungjawab atas kehilangan...pastinya terdapat agenda tersembunyi oleh keluarga pakcik-pakcikku.Tapi persolannya mampukah mereka mengerjakannya?..mengusahakannya?..memastikan ia membuahkan hasil? Kenapa apabila terzahir tanah yang sebenarnya diserahkan kepada yang berkemampuan benar-benar subur ,menjadi tanamannya dan hasilnya yang lumayan (syukur Alhamdulilah) kini sibuk direbutkan oleh pakcik-pakcikku yang tamak haloba? Tidakkah mereka muhasabah diri mereka sendiri layakkah mereka memiliki tanah ini? Adakah mereka mempunyai kaliber atau kemampuan mengusahakan tanah ini? Aku sebagai anak yang juga ahli keluarga sejujurnya mengatakan mereka tidak layak menuntutnya kerana tanah ini tidak lagi dimiliki arwah atok.Pasti mereka terlupa..Atok di akhir-akhir hayatnya telah mengaku dan bersumpah secara penanya bahawa tidak mahu lagi dikaitkan dengan tanah ini.Tapi mengapa pakcik-pakcikku yang dungu lagi haloba masih tetap memarakkan sekam dihati arwah atokku?? Apa salah keluargaku??

Tidak ada cara lainkah untuk menyelesaikan secara berakal selain terus membenih buah-buah fitnah?? Tidakkah mereka lupa akan firman Allah s.w.t bahawa DIA menganugerahkan kerajaan kepada yang haq dan menariknya daripada mereka yang ingkar?
Aku amat berharap pakcik-pakcikku yang pernah menjadi saksi disuatu ketika Arwah Atok menyerahkan geran tanah ini kepada ayahku agar membantuku meleraikan kekusutan ini agar terjawab keputusan yang haq dan menidakkan yang batil agar damai ikatan kekeluarga.Jika pakcik-pakcikku mempunyai kaliber /kemampuan seperti yang dikecohkan kenapa mesti sembunyi disebalik anak? Jemput datanglah rumah kami berhadapan demi menegakkan keadilan.Namun jika tidak harap nasihati sepupu & saudaraku agar henti tomahan yang tidak berasas terhadap keluargaku.

(Artikel ini dipetik dari Juhann Laksamana)

Khamis, 13 Mei 2010

Selamat Hari Guru 2010

Saya mewakili rakan-rakan seperguruan mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua Guru-Guru Lian Padukan terutama kepada guru gelanggang kami Cikgu Azhar,Pengerusi LP Kuala Lumpur/Selangor Cikgu Din Misai dan tidak dilupakan kepada Guru Utama Ayahanda Tuan Haji Hasyim.

Pesanan kepada semua :-

Hargailah setiap tunjuk ajar dan asuhan mereka kepada kita derhaka kelak segala ilmu yang diberi hanya sia-sia kerana tiada keberkatan.Hargailah mereka walau dengan sepotong doa Al-Fatihah.
Terima kasih guru jasamu tetap ku kenang hingga akhir hayat.

Yang Ikhlas,

Juhann Laksamana
(admin)

Sambutan Hari Lian Buah Pukul SeMalaysia

Saya ingin mencadangkan bahawa agar diadakan satu hari khas menyambut hari ulang tahun Permainan Lian Buah Pukul yang diperkenalkan di Tanah Melayu.Tarikh yang tepat bila kedatangan Syeikh Abdul Rahman ke sini sukar ditetapkan kerana terdapat banyak versi dari pelbagai sekolah(aliran) buah pukul.

Maka bertitik tolak dengan itu saya ingin mencadangkan Sambutan Hari Lian Buah Pukul diadakan pada setiap 5hb Januari setiap tahun.Tarikh ini diambil atau dicadangkan kerana pada tarikh inilah Nukil Buah Pukul diserahkan kepada Dato' Awang Ali a.k.a Awang Daik Al-Hakim iaitu pada 5hb Januari 1897.Jika ingin membuat sambutan secara tahun...ini bermakna untuk 5hb Januari 2011 merupakan "Sambutan Jubli Emas Ke-114 Tahun" permainan Buah Pukul wujud di Tanah Melayu.Sambutan ini saya kira penting disamping mengenang jasa guru-guru buah pukul yang telah meninggal dunia atau yang masih hidup,kita dapat mengeratkan silaturahim & ukhwah sesama pengamal Buah Pukul tanpa mengira aliran mana. Tidak kira anda dari perguruan Lian Padukan,Gayang Lima,Gerak Lian,Lian Yunan hatta Buah Pukul Mersing dan lain-lain aliran buah pukul yang tak dapat saya sebutkan sekalipun yang berkongsi moyang pengasas dan pengembang akan duduk semeja beramah mesra,bertukar-tukar pendapat,idea dan interaksi akrab akan terjalin sesama ahli dan pengamal.

Diharap cadangan ini mendapat sokongan para pembaca yang juga pengamal Permainan Aliran Buah Pukul.Komen dan maklumbalas membina daripada saudara-saudari amat dialu-alukan.Sukacita dimaklumkan sekiranya mendapat Green Light saudara-saudari serta restu Ayahanda Guru Utama Tuan Haji Hasyim.Satu pertemuan pertama akan diadakan bagi membentuk Jawatankuasa Penaja bagi menguruskan sambutan ini.Diharap cadangan ini dilihat dari perspektif positif dan ikhlas agar tidak timbul sebarang fitnah dikemudian hari.

Pesanan Guru Utama Ayahanda Haji Hasyim

Salam kepada semua Guru-Guru Khatam dan Pengamal Lian Padukan disemua gelanggang tidak kira dimana pun anda berada.Saya diamanahkan oleh Ayahanda Tuan Haji Hasyim untuk menyampaikan pesanannya yang saya terima dari sistem pesanan ringkas (sms) malam tadi.

Ayahanda menyeru kepada semua sebelum memulakan latihan disetiap gelanggang dibacakan Al-Fatihah dan disedekahakan kepada Allahyarham Mohamad Bin Chik a.k.a Pak Mat Kedidi.

Sekian.Terima Kasih.

Ikhlas dari saya,

Juhann Laksamana
(Admin Blog LianPadukanKapar)

P/S : Jika ada sebarang keraguan terhadap kesahihan pesanan ini boleh rujuk kepada Ayahanda Haji Hasyim sendiri.

Sabtu, 8 Mei 2010

TAKZIAH. PAK MAT KEDIDI PULANG KE RAHMATULLAH


Salam kepada semua ahli gelanggang Lian Padukan Kapar.

Guru Tua Mohamad Bin Chik a.k.a Pak Mat Kedidi telah pulang ke Rahmatullah pada 1.05pagi (8 Mei 2010 bersamaan 23 Jamadilawal 1431).Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh beliau dan ditempatkan didalam golongan orang yang beriman & beramal soleh.
Al-Fatihah.