Jumaat, 14 Mei 2010

NAGA TIDUR USAH KEJUT,SPONGEMOK !!

Pelik Bin Ajaib..manusia kerana tamak sanggup mengadu dombakan orang lain kerana dia sebenarnya sedar bahawa dia tidak mampu BERDIRI dihadapan orang yang difitnah maka diajaknya orang-orang dungu bersama-sama dia.Kenapa mesti dia lakukan?? hanya diri sahaja yang tahu.. (mungkin cemburu..mungkin dengki..tamak..tak sedar diri..)Namun pesanan ikhlas saya kepada dia..Usahlah dikejutkan Naga yang sedang tidur! Kalau kail panjang sejengkal usahlah diduga lautan dalam ( pergi je pancing kat kolam..sebab di tepi laut pun tak layak)

Tidakkah dia sendiri sedar apa yang berlaku pada dirinya sendiri? Muhasabahlah diri anda..Tengok kembali apa yang pernah berlaku.Orang lain berniaga dia nak berniaga..
tapi tipu duit orang sana sini..dah la pula tak menjadi pula apa jua yang diusahakan..Ada rakan kongsi yang setia ditikamnya dari belakang..dihumbannya kawan didalam tirai besi.Diporak perandakan masjid kawan tu (dahsyat sungguh akhlak dia ni.Secara kasarnya inikah didikan dan asuhan yang yang dia terima sejak masih kecil hingga berfizikal besar)..dari mana hasil pendapatan diri sebagai ketua keluarga?? Takkan mengharap belas ihsan isteri kot....(tak gentleman langsung..)

Terbaru pula nak start perniagaan lagi berhampiran tempat yang diludah..kenapa dengan tempat sekarang?? Takut Ah Long ke? Lari dari hutang ke?? Takut dicari orang yang ditipu?? Tempat sedia ada pun tak menjadi nak start tempat baru(apa punya strategi perniagaan yang dipakai pun tak tau lah...)Mana nak menjadi perniagaan jika sendiri tidak menguruskan perniagaan secara day to day( Orang jadi MD dia pun nak juga)Asyik 'seberang air' memanjang(Huh..mungkin inilah model Mat Jenin alaf baru)

Dia ni agaknya berangan nak jadi superman(semua nak jadi..)dengarnya di perantauan dikhabarkan kepada semua orang dialah Ultraman dapat pukul raksasa putih(betul ke cerita tu?? kat sini menikus bagai nak rak..)Setiap cerita yang dikhabarkan semuanya dialah PM..dialah Superman..dialah Ultraman (baik jadi spongebob jelah tak kacau orang malah disayangi kanak-kanak)

Hentikanlah kerja yang sia-sia tu 'spongemok'.Tak payahlah berlagak Kucing kalau diri tu tikus..Tak payahlah junjung Firman Allah s.w.t minta belas konon dikhianati..
Baik junjung FirmanNya memohon maaf kepada rakan taulan samada yang masih bersama atau yang pernah dikhianati..kerana esok lusa entah-entah dengan diri tergadai maruah akibat perbuatan tangan sendiri.Usahlah cemburu kejayaan orang lain malah ambillah contoh untuk berjaya.Sentiasa audit diri(tau tak maksud audit,spongemok?? kalu tak tahu tak payah susah jadi businessman).

(Artikel ini diambil dari LP Laksamana )

8 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Salaam ziarah saudara juhann laksamana.

    Rasulullah s.a.w. bersabda , "Sesiapa yang mempunyai 4 ciri-ciri tersebut adalah munafiq/hipokrit sepenuhnya, dan sesiapa yang mempunyai salah satu daripadanya merupakan pemilik ciri2 munafiq/hipokrit sehinggalah dia meninggalkannya".

    1. Apabila dia diberi kepercayaan, dia khianat
    2. Apabila dia berkata-kata, dia tidak berkata benar.
    3. Apabila dia diberi amanah/berjanji, dia memecah amanah/memungkiri janji.
    4. Apabila dia bertengkar, dia berkelakuan tidak beradab, jahat, dan berkata kotor berlebihan.

    riwayat al-bukhari (diterjemah dari bahasa inggeris,jadi kalau penggunaan perkataan berbeza dari bahasa melayu,saya mohon maaf.tetapi itulah inti patinya.)

    Kita orang islam. Kita dakwa yang al-quran dan sunnah itu adalah panduan kita. Tetapi sejauh mana kita laksanakan apa yg kita dakwa?
    Rasulullah tidak mengajar kita dengki mendengki, menyimpan hasad, apatah lagi dengan saudara seislam sendiri.

    Tidak pula kita disuruh syak wasangka sesama manusia,apatah lagi dengan saudara seislam kita, kerana kebanyakan daripada syak wasangka kita adalah dosa.

    Tidak pula kita disuruh untuk berdendam,walau apa pun sebabnya. Malah kita disuruh maaf memaafi antara kita.

    Menurut hadith Rasulullah s.a.w. , mafhumnya:
    Jika kita menyelamatkan nyawa seseorang, kita ibarat menyelamatkan seluruh umat manusia, dan jika kita membunuh seseorang yang tidak bersalah,kita ibarat membunuh seluruh umat manusia.

    Memfitnah orang,terutamanya saudara seislam kita sendiri, dosanya lebih besar dari membunuh seseorang yang tidak bersalah.

    Orang sekarang risau akan makanan yang halal.Tetapi rezeki yang halal,tidak pula dititikberatkan? Asalkan cop logo Halal jakim, selamat. Tapi asal usul rezeki yang digunakan utk mendapatkan makanan itu bagaimana pula?

    Padahal yang tidak nampak itulah yang lebih berat, kerana ia akan memberi kesan kepada hati kita,sama ada semakin kotor atau suci,yang akan memberi kesan kepada mental,fizikal dan rohani kita,segala amalan kita.

    Kalau kerana kenikmatan dunia kita sanggup menggadaikan akhirat, amat rugi lah kita.

    Kita buat sesuatu , jangan mengharapkan balasan makhluk, tetapi mengharapkan balasan Pencipta segala makhluk. InsyaAllah kita akan mendapat nur dan rahmat Allah yang melimpah-limpah.

    Berkata-katalah yang baik-baik, jika tidak,lebih baik kita diamkan diri.

    "the quieter you become, the more you can hear"

    Tak guna cakap berapi-api tapi tidak berjumpa secara terus terang, face-to-face, man to man, brother to brother. Baru lah ada kredibiliti(walaupun sedikit).

    Orang yang dengki kita takkan henti mendengki sehinggalah kita membuang kebaikan/kelebihan yang ada pada kita yang membuat orang itu dengki. Oleh itu, kita 'steady' je,sabar, dan menegakkan keadilan mengikut hukum Allah 'Azza wajalla.

    Peringatan buat diri dan sesiapa yang membaca.Semoga ukhuwwah kita antara umat Muhammad s.a.w. dan hamba Allah Maha Pencipta dapat diperbaiki dan diperkukuh.

    Salah silap saya mohon maaf. Jika ada yang tersinggung, saya mohon maaf juga.

    Saya hanya mempertahankan apa yang pada saya adalah kebenaran.

    Yang benar tetap benar, yang batil tetap batil. Berani kerana benar,takut kerana salah.
    Kalau berani sangat logik lah berani bersemuka, kalau takut sangat logiklah akan elak bersemuka.

    Orang2 LP semua baik2 dan bertamadun insyaAllah(dari pemerhatian saya yang tak seberapa ini). Boleh bawa bincang, asalkan tuan punya badan datanglah jumpa sesiapa yang dikatakan pesalah. Tak guna kita berpecah-belah. Musuh islam dan syaitan yang berpesta sekiranya kita berpecah-belah atas perbuatan yang batil.

    ~rintihan anak muda yang masih tak berapa mengenal dunia~

    BalasPadam
  3. Salam saudaraku..

    Terima kasih diatas komen membina anda.Benar kata-kata anda.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. salam..syabas arif..tak sia2 ibu melahirkan ..syurga balasan mu..kata2 yg penuh dengan panduan ini lah yang di katakan ilmu di guna pakai dengan betul..sdra ku laksmana hebat kata2 mu..umpama belati menusuk jantung berani kerana benar..takut kerana salah..kehidupan bagi orang2 yg beriman di muka bumi allah ni ibarat penjara bagi mereka tp hidup org2 yg tak beriman ibarat syurga bagi mereka..berbahagia lah kita walaupun kita sentiasa menangis..kerana tangisan itu satu hadiah yg allah swt berikan..wahai sdra ku juhan..semoga kita menjadi insan terpilih dan jgn lah kita jadi seperti mereka..insyallah..

    BalasPadam
  6. Terima kasih Cikgu Ayeen..Dalam hidup mesti ada kesetiaan.Dari setia akan timbul perasaan hormat, ikhlas,jujur dan berani.Selamat Hari Guru untuk Cikgu Ayeen,Ayahanda dan lain-lain di Johor.

    BalasPadam
  7. terima kasih tuan laksmana yang gagah berani..tabik!!!

    BalasPadam
  8. Salam sdra juhan sya nk gelak skejap kah!.kah!.kah!.l0l..mgkin agk trlmbt tp bagus kta2 sdra juhan putus urat perut

    BalasPadam