Sabtu, 24 Disember 2011

Gejala Osteoporosis







Apa tu OSTEOPOROSIS ???
iaitu kerapuhan tulang dan peningkatan risiko patah tulang.

Osteoporosis dapat dielakkan iaitu dgn :
  1. Jumlah kalsium yg mencukupi .
  2. Bersenam.

Kalsium sangat penting untuk menjaga tulang yang kuat.
•Pengambilan harian kalsium adalah antara 1000mg ke 1300mg sehari tetapi jumlah tersebut tidak boleh diambil serentak.
•Jumlah maksimum pengambilan pada satu-satu masa adalah tidak melebihi 500mg.
•Oleh itu pengambilan jumlah kalsium tersebut hendaklah diambil secara berperingkat dalam sehari.
•Sumber-sumber utama kalsium adalah dari produk tenusu seperti susu dan keju.



Kenapa perlu bersenam?Dengan bersenam :
• Jantung bekerja lebih cekap ketika bersenam dan berehat.
• Meningkatkan kadar nadi dan mencegah pengerasan arteri, serta dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Arteri yang keras merupakan penyebab utama berlakunya tekanan darah tinggi yang boleh membawa penyakit jantung dan angin ahmar (strok).
• Meningkatkan keupayaan badan mengawal paras glukosa darah.
• Menguatkan tulang dan meningkatkan imbangan. Ini akan membantu mencegah atau memperlahankan proses osteoporosis (kerapuhan tulang) dan mengurangkan risiko daripada terjatuh yang boleh menyebabkan patah pinggang atau kecederaan yang lain.

p/s: Oleh itu kengkawan rajin2 le turun gelanggang dan minumlah susu selalu supaya menjadi sihat dan kuat...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan