Ahad, 25 Julai 2010

IKHLASKAH DIRI INI?


Kita semua maklum bahawa keikhlasan itu menjadi elemen penting untuk apa-apa amalan kita diterima oleh Allah subhanahu wa ta’ala & kita berharap agar amalan kita dapat membela kita pada hari pembalasan kelak.


Niat pada permulaan kita membuat sesuatu perkara hinggalah ke akhir ,perlulah hanya kerana Allah subhanahu wa ta’ala semata-mata. Tidak kira amalan itu menyentuh perkara ibadat mahupun dalam kehidupan harian. Ibarat kita hendak mengenal samada kita sudah dilamun cinta pasti ada tanda-tandanya, begitu juga dengan tanda-tanda yang dapat menolong kita memastikan adakah benar-benar kita ini ikhlas?



Antaranya :-

  • Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia.
  • Kita tidak berasa hati apabila usaha dikritik oleh manusia.
  • Kita tidak berasa bangga bila dipuji.
  • Kita sentiasa merendah diri.
  • Tidak jemu dalam berusaha mengajak orang kepada Islam.
  • Tidak menjauhkan diri dari jemaah walau dicaci manusia.
  • Di dalam organisasi/jemaah, tidak teringin menjadi ketua tetapi tetap bekerja dan menyumbang.
  • Menjadi pemimpin atau pengikut, mana satu tidak menjadi hal.
  • Tidak marah malah gembira, bila muncul seorang yang baru menjadi ketua.

(namun bukan bermaksud tanggungjawabnya sendiri berkurang, kerana amanah bukan dari manusia tetapi dari Allah subhanahu wa ta’ala)

(sumber internet)



Begitulah antara perkara-perkara yang perlu kita perhatikan. Ini hanyalah panduan sahaja sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan amalan diri kita sendiri bersih dari sifat riak, takabbur dan seumpamanya.


Pekerjaan yang zahirnya baik, tetapi jika diselimuti oleh segala sifat yang batil tersebut, maka sia-sialah di sisi Allah subhanahu wa ta’ala.


Walau bagaimanapun, atas kelemahan manusia, tidak layak sebenarnya kita untuk menilai atau menghukum orang lain ikhlas ataupun tidak.


Cuba kita renungkan betapa besar ikhlas tu perlu wujud pada hati masing-masing . Syaitan sentiasa mengajak diri kita supaya mengkianati Allah subhanahu wa ta’ala.


Oleh itu sentiasalah menyucikan jiwa ini dari perasaan hasad dengki serta riak yang membinasakan diri kita di akhirat kelak.


Hanya Allah subhanahu wa ta’ala sahajalah yang berhak membalas segala amalan. Samada amalan yang baik atau sebaliknya.


Sama-samalah kita berdoa memperbaiki kelemahan diri ini :


Ya Allah,

Perbaikilah hati kami,

hapuskanlah cacat cela kami,

pimpinlah kami ke arah kebaikan,

hiasilah kami dengan taqwa,

kurniakanlah kepada kami ,

taat setia kepadaMu,

sepanjang hidup kami.

Ya Allah,

Jadilah kami ikhlas kepadaMu,

syukur kepadaMu,

bertawakkal kepadaMu,

taubat kepadaMu,

khusyuk kepadaMu.

Ya Allah,

Sesungguhnya kami mohon kepadaMu,

ketetapan di dalam urusan ini,

keazaman di dalam hidayah ini,

tolonglah kami mengingati Mu,

menyebut namaMu,

mensyukuriMu,

baik ibadat kepadaMu.

Amin...



Akhir kata,

Andai terkasar bahasa maaf dipinta,

Bukan niat untuk melukakan sesiapa.




AHMAD PADUKANI


Tiada ulasan:

Catat Ulasan