Selasa, 6 Julai 2010

Kunjungan Hormat Ayahanda Haji Hasyim

Baru-baru ini beberapa pelatih senior Gelanggang Kapar berpeluang melakukan kunjungan ziarah hormat keatas YM Guru Utama Lian Padukan , Ayahanda Haji Hasyim di rumah Cikgu Hisham Giant.Antara yang hadir adalah saya,saudara Meor Faizal & saudara Ahmad Johannes a.k.a Sammo Hung (Gelaran yang diberi Ayahanda).

Banyak isu & topik yang diperbualkan antaranya isu-isu semasa dalam Lian Padukan,harapan & Misi Guru Utama dan lain-lain.Turut diceritakan juga sejarah perjalanan Ayahanda Haji Hasyim dalam menimba ilmu Buah Pukul dengan guru-guru beliau antaranya Pak Mat Kedidi,Razak Sharif,Pak Talib Nik,Pak Majid Klinik,Pak Atan Air Batu ,Pak Raja Ali G5 dan lain-lain yang panjang untuk disenaraikan disini.

Akhir kata Ayahanda berpesan agar pelatih-pelatih yang dijadualkan bakal khatam tahun hadapan agar berlatih bersungguh-sungguh, memahami ilmu yang diajar serta membantu guru-guru gelanggang semasa latihan.

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. salam..sya nk tmbh sket kpda ahli2 khatam,khatam bkn sja khatam silibus dan appliction bahkan kne fhm intipati di dalamnya baru lah smpai maksud khatam tersebut..slepas ini kmungkinan nak jumpa ayahanda pun akn menjadi susah..so sape2 dpt jumpa ayah 'wa cya sma lu' tp klu x dpt ' u pi mkn bahulu' huhu..hu..

    BalasPadam