Selasa, 27 April 2010

Sudahkah Anda Bersedia ?

Sudahkah anda bersedia untuk diuji semasa Majlis Ujian Kenaikan Tahap (Grading) ? Bagaimana latihan perbuatan Pelampas,Jurus 1-4 dan Lian? Adakah anda rasa latihan yang telah lakukan telah memadai untuk menghasilkan keputusan yang baik?

Sudahkah anda benar-benar bersedia untuk menghadapi realiti pertempuran jalanan? Adakah apa yang anda pelajari didalam gelanggang LP anda aplikasi dalam melayari kehidupan?

Jawapan kepada setiap persoalan terletak kepada diri sendiri.Ini hanya pembuka minda fikiran agar saya dan anda diluar sana musahabah(audit) diri sendiri.

Khamis, 22 April 2010

Logo Oldskool Lian Padukan

Sila layari laman Lian Padukan Melaka.Disitu anda boleh menyaksikan logo lama LP dan catatan ringkas sejarah penubuhan Persatuan Seni Silat Lian Padukan Johor oleh Ayahanda Haji Hasyim.
Sesungguhnya Cikgu Boy merupakan sebahagian sejarah penubuhan persatuan.

Syabas Cikgu Boy.

Rabu, 21 April 2010

Alamat email Gelanggang Lian Padukan Kapar

Salam kepada semua . Berikut merupakan alamat email bagi gelanggang Lian Padukan Kapar :
lianpadukankapar@gmail.com

Jika terdapat sebarang pertanyaan,komen,komplen dan sebagainya boleh lah dimajukan ke email tersebut.Sebarang idea penambahbaikan amat dialu-alukan.

Terima kasih

Admin

Selasa, 20 April 2010

Filem Aksi Antarabangsa Yang Amat Dinantikan

Pada hari Sabtu lepas seorang sahabat segelanggang menghebahkan bahawa Filem sekuel Ip Man akan berada dipawagam tempatan seawal bulan Mei 2010.Pulang dari latihan saya membuka Youtube melihat preview filem tersebut.Wow! memang tak sabar dibuatnya.Jika Ip Man 1 menceritakan kisah Mahaguru Ving Chun ini ketika di Foshan,China kali ni sekuelnya menceritakan ketika beliau berkelana di Hong Kong dalam memperkembangkan Ving Chun aliran beliau.

Dalam pada saya syok menonton preview Ip Man 2 terlihat 1 lagi preview Filem Aksi yang amat saya gemari iaitu Ong Bak.Kali ni Ong Bak 3....memaparkan kisah putera Panglima Sindhadecho (Tony Jaa) bukan Tony Skinchan tau..hehehe..sekuel ini merupakan sambungan dari kisah Ong Bak 2.Jika kita ingat diakhir Ong Bak 2 Tony Jaa telah ditangkap oleh Raja Siam yang cuba digulingkan.Dalam Ong Bak 3 ini dia dikisahkan didera disiksa dan dipercayai dibunuh namun di kembali mengganas...bagaimana dia muncul kembali dan mengganas dengan skil dan teknik tempur yang lebih menarik??? Sama-samalah kita tunggu kemunculannya...

Kami Budak Baru Belajar Kalau Salah Harap Maafkan

Salam kepada seluruh peminat,pengamal,penyokong dan penentang Lian Padukan khasnya dan Buah Pukul amnya di tanahair ataupun diluar negara.Selamat datang ke laman kami.

Lian Padukan merupakan sejenis beladiri atau seni pertempuran diasaskan oleh Guru Tua Mohammad Bin Chik a.k.a Pak Mat Kedidi.Seni tempur hasil paduan permainan asal Buah Pukul ( Syeikh Abdul Rahman Yunan),Silat Sendeng ( Pak Long Mohamad Yasin) dan Silat Sunting ( Dato' Awang Ali a.k.a Awang Daik) diadunkan oleh pengasas dengan permainan Tomoi. Kini perguruan buah pukul yang dipadukan ini diterajui dan dipimpin oleh Guru Utama Yang Mulia Haji Mohammad Hasyim Bin Haji Salleh.Dibawah kepimpinan Ayahanda Haji Hasyim,
perguruan Lian Padukan berkembang pesat ke serata negara khasnya di Kuala Lumpur dan Selangor.

Bagi peminat sekitar Kelang-Kuala Selangor yang ingin menyertai kami bolehlah datang sendiri ke Gelanggang Kapar di Taman Seri Perpat,Kapar, Kelang.Gelanggang ini diselia urus oleh Guru Nur Azhar a.k.a Cikgu Azhar.Latihan diadakan pada setiap Sabtu (malam Ahad) bermula jam 8.30 malam - 11.30 mlm.Bagi yang berminat untuk mempelajari kami amat mengalu-alukan kedatangan anda.Jika kedatangan anda baik niatnya mesra dan silaturahim sambutnya