Selasa, 8 Jun 2010

Kelas Tambahan Tertutup (Bagi Bakal Khatam)

Salam saya diminta oleh Cikgu Faizal untuk memaklumkan bahawa kelas tambahan akan dibuat setiap hari Ahad bermula jam 9 pagi bertempat di Studio Lian Padukan Gombak.Kelas tambahan ini hanya dibuka untuk pelatih-pelatih yang dijangka khatam pada tahun 2011.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Cikgu Faizal sebagai koordinator program.

Sekian makluman.

Cikgu Din Misai Menunaikan Umrah


(gambar ihsan liannewskool.blogspot.com)


Salam kepada semua..

Cikgu Shahruddin a.k.a Cikgu Din Misai akan menunaikan ibadah umrah ke tanah suci.Beliau yang juga merupakan Pengerusi Lian Padukan Kuala Lumpur/Selangor akan dijangka bertolak pada pagi Jumaat ini ( 11 Jun 2010).Marilah kita sama-sama mendoakan keberangkatannya sekeluarga agar selamat didalam perjalanan dan peroleh berkah sepanjang menunaikan umrah.Di perjumpaan terakhir kami dekat-dekat 2 minggu yang lepas beliau menyatakan umrah kali ni adalah persediaan kepadanya sekeluarga untuk menunaikan Haji kelak.

Kepada Cikgu Din sekeluarga saya doakan selamat jalan.


Juhann Laksamana

(Dipetik dari blog Lian Padukan Laksamana)