Sabtu, 29 Oktober 2011

Iklan - Lian Tasbih

Em betul ke ni

nak berlian ke nak bertasbih

gurau aja, em tak pernah dalam 3 tahun belajar ni tahu pun wujud lian tasbih ni, barulah ni kali ni dengar pasal lian tasbih. Apa pun benda ni pasti nya menarik sebab belum berlaku lagi sepanjang kursus2 yang diadakan sebelum ini menghampakan.

bagus nya benda ni ada dua kebaikan iaitu menuntut ilmu sambil menderma (rumah anak2 yatim yang terpilih di selangor), insyallah harap sudilah sama2 kita datang dan meraikan majlis ilmu ni.

ahli atau bukan ahli dijemput sekali tak kita latar belakang, juga dalam kesempatan ini bolehlah kita merapatkan silatulrahim di antara kita yang sealiran permainan mahu pun dalam aliran yang lain, merapat kan yang jauh dan menguatkan yang renggang insyallah.

maklumat adalah seperti berikut

KURSUS : Lian Tasbih ( 45 Degree )
Hadiah : Applikasi / Buah Kipas Nandung
Oleh : Raja Buah Pukol - Ayahanda Dr Haji Mohammed Hashim Salleh
TARIKH : 12 November 2011 ( Sabtu )
MASA : 9.00 - 5.00 pm
TEMPAT : LPMAA gombak ( bergantung kepada penyertaan )
YURAN : BUKAN AHLI - RM150.00
AHLI Dewasa - RM100.00
AHLI / Bukan AHLI Bersekolah - RM 70.00

jika ada sebarang pertanyaan atau kemuskilan boleh lah hubungi cikgu sam
016-7027449
atau layari laman web utama kami di www.lianpadukan.com

Jumaat, 28 Oktober 2011

BUKA MINDA

Assalammualaikum agak lama menyepi dari blog ni
kesibukan kerja dan belajar plus ujian2 dunia ni sedikit sebanyak mencuri masa.

apa pun dalam penulisan kali ini ingin lah saya sentuh mengenai Ilmu Hak hehehehe
macam gah bunyi nya tapi basic aja

Sering kali kita dengar tentang pewaris kepada sesuatu ada aja yang mempersoalkan itu milik siapa??dimana keaslian?? siapa yang memberi hak bla...blaaa..blaaa

andai kata pakcik ford orang yang mencipta kereta masih hidup agak2 dia akan mempersoalkan tak syarikat2 kereta yang ada sekarang??? adakah dia akan kata ah kereta itu semua milik aku aku pencipta asal, aku pelopor semua datang dari aku. belum lagi kita dengar tetang cucu cicit pak cik ford tu bising pasal benda2 asli ni or asal usul ni

tapi pelik kita orang melayu ni selalu bising ini hak aku, itu ciplak itu tak asli, itu sebenarnya salah, aku aja yang betul. yang pelik nya lagi yg bising tu pulak bukan lah yang pemilik pun sama ambik sama2 guna. dah tu tgk orang lain punya lain and dah diubah suai mula mengata.

wah ini yang buat geram ni kalau benda tak boleh ubah mahu zaman sekarang cuma ada satu jenis kenderaan dalam bentuk sama dalam enjin sama dan warna yang sama.

minda macam nilah minda yang terkongkong, terkongkong dalam keegoaan dan riak diri sendiri
terlupa ke kita yang memberi ilham tu siapa??? yang dapat ilham tu kita yang pemilik ilham tu siapa??

satu pokok durian buah semua rasa sama ke sayang???
datang dari satu pokok bijinya jadi benih untuk pokok2 yang lain sama ke rasanya dengan yang asal???? yang pokok lain tu bukan durian jugak ke??? duri buahnya dan bentuk buah semua akan sekata ke?????

harus lah kita ingat kalau nak kata ini hak aku itu hak aku bla..blaaa....blaaa
perlulah diingat hak siapa sebenarnya ????
sesungguh nya yang di Langit dan Bumi ni hak siapa???
ilmu tu hak siapa siapa pemiliknya???

faham benda ni dan duduk diam2 dengan aman
sekian dalam ruangan ilmu hak