ADUH baru aja balik minum dengan Ahmad
agak penat malam ni
busy belajar nak final dah
apa pun bukan nak cerita pasal hidup saya
tapi pendapat tentang permainan dan silibus lian itu sendiri
peringkat pertama: HIDUP
pada peringkat ini apa sebenarnya yang kita buat sebagai pengamal buah pukul
aksi solo bergelek kiri dan kanan
dari kaca mata saya inilah yang dikatakan PENGHIDUPAN
dari yang TIADA kita adakan iaitu gerak kita. kita menghidupkan semua gerakan senjata di tubuh badan dan pergerakan kaki.
bila dah hidup baru lah kita boleh bergerak dan ini membawa kita kepada peringkat kedua
peringkat kedua- pemahaman perjalanan
dalam peringkat dua ini pula lian mahu pun jurus2 ini di mainkan secara berpasangan
ini yang dikatakan sparing. tujuan nya adalah mudah, kita mengenal perbuatan kita matlamat perbuatan kita yang kita latih dalam latihan lian.
kita akan mula melihat segala logik di sebalik latihan kita selama ini dari mula melangkah kepada penamatan memukul pihak lawan itu sendiri. barulah kita faham akan SIFAT2 latihan yang kita lakukan dalam berlian dahulu. bila kita faham barulah kita kenal akan LIAN KITA.
Peringkat ketiga- gerak ilham
hehehehe habis kene marah nanti sebab melalut benda ni cikgu tak pulak cakap ada gerak ilham dalam lian pandai2 aja mamat ni reka.
apa pun again this is simply my opinion
ok kenapa dinamakan gerak ini gerak ilham dan apakah yang ada dalam gerak ilham ini, dan juga bentuk latihannya.
gerak ilham ini lah yang mana geraknya bukan digerakkan tapi geraknya kerana ia ingin bergerak.
gerakkan yang terhasil dari latihan yang mantap secara berterusan
ini boleh dilakukan dengan menggunakan woden dummy - kenapa tak pakai rakan sparring
adalah kerana di peringkat ini yang kita latih adalah, gerakan dari pemahaman kita iaitu melacarkan lagi gerakan kita. supaya kita boleh developkan lagi speed and hit kita.
kita dan faham jadi nak pakai pun tak susah,
kalau belum faham kita fahamkan dulu kenali pebuatan dan matlamat perbuatan tu (peringkat 1 dan 2)
kesimpulan
pertama kita tiada lian bila dah ada
kita akan kenal lian tu, bila dan kenal lian kita berlatih maka kita faham akan lian itu
bila dah faham baru kita boleh pakai.
baru kita berjalan dengan isi dan perjalanan kita itu mendapat keberkatan
maka kita tak lah sesat, melakukan perkara2 yang kita sendiri tak faham tak tahu guna dan tak tahu pakai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan