Ahad, 30 Januari 2011

Lianpadukan di MHI.flv



Assalamualaikum, syukur kita kepada Allah kerana dengan IzinNya kita mampu mara ke hadapan dengan melalui pelbagai rintangan dan cabaran. Pada 26hb Januari 2011 kita diberi peluang untuk membuat demontrasi di Malaysia Hari Ini(MHI) TV3. Semoga masyarakat berpeluang mengenali Lianpadukan dengan lebih dekat lagi dan terus berkembang maju.

Isnin, 24 Januari 2011

UTUSAN ONLINE

Bagi mereka yang terlepas peluang untuk membaca aritikel di Utusan Malaysia






Raja buah pukul dari selatan
Oleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLYrekreasi@utusan.com.myGambar MOHD FARIZWAN HASBULLAH
Hasyim dan Mat Giant sedang menunjukkan demonstrasi pergerakan rebut untuk mematahkan pertahanan lawan.
PERNAHKAH anda mendengar mengenai seni bela diri Lian Padukan yang berasal dari Yunan, China? Walaupun ia bukanlah seratus peratus silat Melayu, Lian Padukan kini semakin mendapat tempat di hati masyarakat semenanjung Malaysia sehingga mendapat gelaran raja buah pukul dari selatan.
Lian Padukan dibawa ke Tanah Melayu oleh seorang pedagang Arab dari Yunan bernama Syed Abdul Rahman Yunani pada kurun ke-18 yang juga merupakan pengasas kepada aliran tersebut.
Insiden yang berlaku di pelabuhan Singapura pada ketika itu di mana, Syed Abdul Rahman bertempur dengan lapan orang penarik lanca akibat perselisihan faham akhirnya mendapat perhatian pihak Istana Johor ketika itu.
Pada ketika itu juga, Stamford Raffles tidak membenarkan apa jua seni bela diri dipelajari di Singapura. Maka Syed Abdul Rahman dijemput mengajar di Mersing, Johor.
Mulai saat itulah, kaedah seni bela diri itu dikenali sebagai Buah Pukul Mersing, di mana banyak dari golongan kerabat diraja, bangsawan dan pendekar turut sama menuntut.
Lian Padukan mengandungi empat pergerakan asas yang dipanggil jurus dan melaluinya, pengamal akan mempelajari teknik-teknik menggunakan perisai, penumbuk, siku, lutut dan kaki.
Perisai merupakan penggunaan tangan dalam kedua-kedua pergerakan menyerang dan menangkis untuk menyekat pergerakan lawan secara berkesan di samping berkebolehan untuk menahan sama ada dalam keadaan bergerak.
Perisai juga antara teknik yang paling penting dalam Lian Padukan dan digunakan pada semua peringkat pelajaran dan kemahiran.
Setelah selesai peringkat jurus, penuntut akan naik ke peringkat lian. Dalam Buah Pukul, lian bermaksud pergerakan, sama seperti konsep kata dalam karate atau gaya dalam seni bela diri Cina.
Terdapat empat peringkat lian dengan setiap peringkat dan ia turut mengandungi empat Lian untuk dikuasai.
Pada peringkat itu, penuntut diperkenalkan kepada teknik-teknik dan aplikasi-aplikasi tertentu yang berkaitan dengan setiap lian.
Oleh itu, tahap kemahiran penuntut akan meningkat sewaktu
memahirkan diri dengan penggunaan setiap lian.
Dalam lian juga, penuntut bakal mempelajari teknik dan taktik seperti rebut (mematahkan pertahanan lawan), reju (tekanan berterusan ke atas lawan), turut (mengikut arah pergerakan lawan), titik (mematahkan serangan tangan lawan) dan makan gerak (serangan memotong gerak lawan).
Ketika sedang mengamati gerak langkah yang dipersembahkan oleh para pendekar Lian Padukan, penulis dapati yang kaedah seni bela diri itu lebih banyak menekankan corak mendahului serangan daripada menanti serangan.
Konsep inilah yang menjadi matapelajaran teras dan tidak jauh berbeza daripada konsep Buah Pukul yang asal.
Secara asasnya, Lian Padukan mengajar cara serangan yang terus dan agresif.
Intisari Lian Padukan terletak pada kebolehan pengamalnya untuk melancarkan teknik makan gerak kepada lawannya di mana pengamalnya akan menyebabkan lawannya gagal melancarkan sebarang bentuk serangan ataupun menahan.
Sekali pengamalnya bergerak dan menyerang dalam jarak dekat, ia akan berterusan memberi tekanan melalui rangkaian serangan yang akan memusnahkan pertahanan lawan sehingga betul-betul menguasai keadaan.
Pengamal Lian Padukan hanya akan berhenti menyerang setelah lawannya benar-benar telah dikalahkan iaitu sehingga jatuh.
Oleh itu, Lian Padukan bukanlah satu seni yang pasif atau bertahan, tetapi lebih kepada pro-aktif, agresif dan berbahaya.
Guru Utamanya, Muhammad Hasyim Muhammad Salleh berkata, asas seni bela diri aliran Lian Padukan berlainan dengan seni bela diri yang lain.
"Lian Padukan digunakan untuk melatih pergerakan lapan anggota utama badan manusia terutama kaki dan tangan.
"Ia juga menitik beratkan pergerakan yang lebih mengikut logik dan praktikal yang mementingkan gaya dan langkah yang tersusun," katanya.
Menurutnya, seni bela diri Lian Padukan agak berlainan dengan silat mahupun seni bela diri yang lain.
"Ini kerana, Lian Padukan lebih mengutamakan pernafasan, kecergasan dan latihan bagi menguatkan lapan anggota utama badan manusia.
"Dengan bantuan latihan yang bersungguh-sungguh, pengamal Lian Padukan mampu menangkis sebarang serangan daripada musuh," jelasnya.
Untuk maklumat lanjut mengenai Lian Padukan sila layari laman www.lianpadukan.com atau hubungi Setiausaha Persatuan Seni Silat Lian Padukan, Md. Hishamudin Aziz (Mat Giant) di talian 016-7027449.
Dipetik dari utusan online-

Jumaat, 21 Januari 2011

Kursus Belantan Bertali

Assalammualaikum

bagi semua yang membaca atau mengikuti blog-blog lian Padukan termasuklah Lian Padukan kapar

satu kursus senjata akan diadakan bagi peminat, pengamal atau yang ingin mengembangkan lagi ilmu pengetahuan tentang permainan senjata "Lian Style"

Mengimbau kembali sewaktu kursus Tekpi diadakan barang kali ada yang terlepas peluang untuk melihat permaianan tekpi. Pengalaman Hamba sendiri sewaktu menyertai kursus tekpi tersebut ialah "im in love" dan daripada tak minat hamba terus meminati seni permaian tekpi.
(pengalaman peribadi)

Kali ini kita akan dihidangkan dengan senjata yang berbeza dan hamba pasti serta yakin ianya pasti akan menarik juga. Bagi mereka yang terlepas kursus tekpi dahulu jangan lah melepaskan peluang yang ini juga.

Bagi Ahli lian Padukan gunakan peluang ini untuk memantapkan lagi ilmu dan melihat sendiri aplikasi penggunaan senjata di dalam permainan kita disamping beramah mesra dengan guru utama Lian Padukan Ayahanda Hj Hashim.

Bagi mereka yang di luar boleh lah bersama-sama memeriahkan majlis ilmu ini, gunakan lah peluang ini untuk mengeali dan mendekati permaian Buah Pukul Lian Padukan.
beramah mesra dan mengenali ahli dan cara Lian Padukan disamping boleh bertukar-tukar pendapat dan ilmu dengan Ayahanda Hj Hashim Selaku Guru Utama dan Pewaris Lian padukan.


Akhir kata "Tak Kenal Maka Tak Cinta"
Insyallah Bertemu Kita Disana

Tarikh: 19 FEB 2011
Masa: 8.30am – 6pm
Venue: Studio Lianpadukan, Gombak Jaya
Yuran: RM150(bukan ahli) RM100(ahli)
*Pakej Percuma: Rahsia Tangan Cengkadak
Butiran lanjut sila hubungi Cikgu Hisham di talian 016-702 7449
*belantan bertali = belantali

Selasa, 18 Januari 2011

Contact Info

Gelanggang Kapar

Bagi yang berminat Bolehlah Menghubungi
Cikgu Azhar di talian 0126336648


atau ahli2 kami disana

Ahmad - 0196162772
Johan - 0122577598
Mior - 019 2569248


(senarai no. yang boleh di hubungi akan di kemaskini dari masa kesemasa)

KENALI PERMAINAN LIAN - MELEKIT TANGAN DEN

Sticky Hand vs Pelampas
(Equally great)

Bila berbicara tetang perkara ini kita petik kata ha simpul or ha lurus "bila tangan sudah bermata"
sticky hand ini terkenal dalam latihan win chun dan seperti yang kita maklum banyak permainan di negara china adalah permainan yg boleh den katakan permainan buah pukul.
(sila layari blog juhan laksamana for this info)

latihan yang diberikan dalam warming up lian padukan mungkin sedikit berbeza dengan latihan di dalam win chun namun kesan jangka masa panjang bagi pelatih lian padukan adalah sama.

Di mana pelatih dapat membaca gerakan seterusnya pihak lawan berdasarkan motion gerak tubuh badan itu sendiri, ini adalah bersamaan dengan konsep latihan sticky hand di dalam win chun.

Kedudukan perisai dalam keadaan simpan, adalah kedudukan bersedia pelatih, di ajar agar sentiasa mempertahankan wajah (baik bagi mereka yang rasa kacak)
pelatih juga dia ajar cara untuk mengambil kesempatan atau curi, dalam memukul.

Kelebihan bagi mereka yang dapat membaca gerak lawan sebelum lawan bergerak amatlah besar, mungkin ini adalah maksud yang tertulis di dalam nukil lian padukan yang telah turun temurun diamalkan oleh pendekar buah pukul.

Membaca pergerakan pihak lawan dengan cara sentuhan adalah teknik yang effective, macam iklan BABY OIL tu 5 minit sentuhan lebih bermakna dari 10 minit kata2 (rasa denlah)

Lian padukan bermain secara rapat dengan lawannya maka kesilapan membaca gerak lawan akan mengakibatkan kita pula yang menjadi mangsa serangan lawan. setiap pukulan yang kita berikan yang ditepis pihak lawan akan memberikan satu motion pergerakan atau alunan pergerakan.

melalui alunan ini kita dapat meneka atau menjangka bentuk dan arah serangan yang seterusnya atau mencipta serangan yang bertentangan dengan motion tersebut untuk mengacah pihak lawan seterusnya menjalankan serangan.

latihan-latihan atau lebih dikenali sebagai lian yang terdiri dari lian 1 hingga 16 mampu melatih pelatih dalam menjangka pergerakan dari segi serangan mahu pun pertahanan. Inilah konsep lian padukan again mengikut apa yang den rasa dan alami (pengalaman peribadi) yang mana permaian di dalam lian padukan ini mengambil kira semua aspek kelemahan lawan dalam lawan menyerang tau pun lawan sedang bertahan.

Dalam kehebatan, kami diajar bahawa kita bukanlah hebat, jadi kita perlu bekerja keras dan lebih keras seperti sebelum nak ambil muka kita ambil dulu tangan dan kaki baru muka diserahkan (sila fahami kata ini).

Lian padukan melatih tubuh kita agar ia mampu bergerak sendiri mengikut keperluan semasa, dimana tanpa perlu merancang tubuh kita mampu menjalankan tugasnya inilah yang dikatakan sebagai muscle memory (rasanya ha simpul ada sentuh tetang konsep ini)

Tiada satu perkara yang ultimate di dalam dunia ini tiada konsep sekali tumbuk dah tumbang, sekali gerak 10 tumbang. Semua adalah melalui latihan latihan dan latihan dengan latihan yang betul ia mampu merangsang kemahiran kita. dan melalui latihan lah kita mampu menjadi hebat





Jika berminat atau ingin tahu dengan lebih lanjut tentang keunikan permaian buah pukul Lian Padukan, boleh hadir dimana2 gelanggang kami yang berada di tempat anda.


penulisan adalah berdasarkan pengalaman peribadi penulis